Cik Talkative
Lovely Owner

Hye :) Welcome to my unprivate diary ♥



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello earthlings or Aliens :/ Welcome to my blog :) Leave your footprints , please ? It'll be easy for me to blogwalking yours ♥


Footprints! ♥





Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Miss T



CINTA TOPI DAN SKAF :- Bab 22

"Kenapa Pak Lop nak jumpa saya niey ? Semua nya dah jelas kan ? Saya nak dye.."

"Aku tahu , Tapi dye niey susah sikit , dye tak pernah tinggalkan solat . Aku boleh buat , tapi dengan pertolongan kau . Kau ada gambar perempuan tuh ?" Pintas Pak Lop sebelum sempat Tila Emry menghabiskan kata-katanya . 

Tila Emry yang mendengar pertanyaan Pak Lop lantas menganggukkan kepalanya lalu mengeluarkan gambar Ariana Qistina yang sedang berpegangan tangan dengan Mohamad Aidil itu . Dye mengoyakkan gambar itu kepada dua bahagian , dan mengambil bahagian gambar Ariana Qistina lalu memberikannya kepada Pak Lop . Tila Emry tidak berani membantah memandangkan wajah Pak Lop yang kelihatan tegang

Pak Lop yang sedang tertunduk mengambil gambar itu dari tangan  Ariana Qistina lalu meletakkannya di dalam sehelai kain kuning yang bersaiz sebesar sapu tangan . Kemudian Pak Lop meletakkan kain kuning yang berisi gambar tersebut di atas sebuah bekas kaca yang berisi arang api . 

Selepas itu , mulutnya terkumat-kamit membaca mentera untuk menjayakan rancangannya . Setelah siap membacakan beberapa mentera , Pak Lop membuka kain kuning tersebut  . Tila Emry terlopong sewaktu melihat gambar tersebut , kerana ada beberapa  kesan tompokan merah di sebahagian gambar tersebut . 
Walau bagaimanapun , Tila Emry yakin Pak Lop akan memberinya kejutan besar , malah lebih dari yang diharapkan . Dye bangun , ingin meminta kebenaran pergi dari situ tapi ditahan oleh Pak Lop yang sedang membungkus gambar tersebut menggunakan kain kuning itu .

"Kau nak pergi mana ? Ada beberapa perkara yang perlu aku terangkan kepada kau . Kau bawak balik gambar ni , Dan kau jangan sesekali buka kain kuning ni , atau buruk padahnya . Setiap malam jumaat , aku nak kau baca mentera ni. Jangan sesekali kau terlepas . " Kata Pak Lop sambil memberikan Kain kuning berisi gambar dan Kertas buruk yang ditulis mentera di atasnya .

"Baik Pak Lop , Tapi , berapa lama Perempuan tu boleh bertahan ?" 

"Itu Kau tak perlu tahu . Aku tahu apa yang aku buat . Satu lagi , kalau kau rasa tidur kau diganggu , kau abaikan saja , sebab itu ialah penjaga kau . Maksudnya , tiada siapa yang dapat mengganggu kau . Kau kena biasakan diri dengan keadaan ni , sampai perkara ni selesai . Kau faham tak ?" 

"Faham . Takpelah Pak Lop , Saya pergi dulu ." Kata Tila Emry yang ingin meninggalkan tempat itu secara tergesa gesa kerana perubahan Pak Lop yang kelihatan semakin menakutkan .

Tila Emry memandu laju ke rumahnya .Setelah sampai , Tila Emry  berlari masuk ke biliknya dan  berfikir sejenak . Ya ! malam ni , malam jumaat . Aku boleh jalankan rancangan aku sekarang . Hahaha , padan muka kau Ariana Qistina .


Tila Emry membuka lipatan kertas buruk lalu membacakan jampi serapah yang tertulis di dalam . Dye yakin semuanya akan berjaya .

Batin Rindu Batin Cinta
Darah mengalir semerah merahnya
Cinta Kau Lari kepada yang mencinta
Menunggu masa untuk Tiba 
Darah kelangkang mengalir Jua


Malam jumaat Malam Suram
Malam untuk kau jadikan pantang
Aku menunggu sihir tiba
Kepada kau perampas setia 


Begitulah bunyinya jampi yang diberi oleh Pak Lop yang dibaca oleh Tila , malah Tila Emry memang perasan akan kehadiran seseorang di luar rumahnya . Terasa seperti ada sepasang mata yang memerhati , tetapi dye masih ingat akan pesanan Pak Lop untuk membiasakan diri dengan keadaan itu .



"Sayang mama , sampai bila Qis nak duduk sini ? Qis ada suami , tak baik tau ." Tegur Datin Iman dengan nada yang lembut . 

"Alaaa , takpelaaa . Ayie tak marah pown . Plus , I miss you so much .  Mummy tak rindu Qis eyhh ? " Kata Qistina dengan senyuman paling manis 

"Haishh , Dye ni . Ibu mana yang tak sayang anak ? Fikir tuu , matang la sikit , Qis kan dah jadi isteri orang . Nihh , Bila Mummy nak dapat cucu ? "

"Haha . Ke situ pulak dye . Dah takde rezeki lah Mummy , Nak buat macam mana . Takpelah ma , Qis naik bilik dulu lah ." Jawab Ariana Qistina sambil berlari ke menaiki anak tangga sebelum masuk ke biliknya .

Sebenarnya , Ariana Qistina pening memikirkan cara untuk memberitahu mummy'nya tentang pergaduhan dye dan Zafriel . Lalu dye mengambil keputusan untuk terperap di dalam biliknya  sahaja , sambil merehat-rehatkan diri . Sejak bergaduh dengan Zafriel , Ariana Qistina kerap ke rumah Mummy'nya bagi menghilangkan 'stress .



"Mummy ! Mummy ! Mummy !" Jerit Ariana Qistina apabila terlihat ada darah yang keluar dari celah kelangkangnya sewaktu dye terkejut dari tidur . Dye memanggil Mummy'nya sambil menangis , sehingga suaranya juga menjadi tersekat sekat .

"Mummy ! " Jerit Ariana Qistina lagi . Tangisannya makin kuat apabila semakin banyak darah yang keluar . Dye memanggil Datin Iman bertalu-talu .

"Ye Sayang , Ada apa ? AstargfirullahalAzim ! Ya Allah , apa dah jadi ni ? Niey kenapa sayang ? Allah ! " Kata Datin Iman yang terkejut apabila ternampak banyak darah pada seluar dan katil Ariana Qistina . Datin Iman panik lalu menelefon Ambulance memandangkan dirinya tidak tahu memandu .

Ketika berada di dalam Ambulance , Datin Iman memegang erat tangan Ariana Qistina yang meraung kesakitan . Malah , darah yang keluar juga bertambah sehingga merisaukan Datin Iman . Datin Iman juga tidak sempat untuk menelefon suami Ariana Qistina iaitu Zafriel Aiman .

Setiba di hospital , paramedik membawa Ariana Qistina ke ruang intensive care unit (ICU) bagi mendapatkan rawatan segera . Datin Iman pula diminta untuk tunggu di ruang menunggu hospital tersebut .

Selang beberapa jam kemudian , doktor keluar daripada bilik tersebut lalu mendekati Datin Iman bagi menjelaskan sesuatu perkara .

"Kami dah cuba sedaya upaya . Tapi.. Kami tidak dapat mengesan penyakit anak Datin . Maafkan saya . Menurut doktor doktor pakar yang lain , Darah akan terus mengalir tanpa diketahui puncanya . Saya syorkan Datin bagi mendapat rawatan Tradisional ." Terang Doktor Thaqif .

Datin Iman mengangguk lemah . Tiada apa yang perlu dipertanyakan lagi . Jawapan sudah pun diberikan oleh doktor tersebut . 'Penyakit anak aku tidak diketahui ' gumam Datin Iman dalam tangisan .


Ya Allah , dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada aku ? Apa salah aku Ya Allah . Sesungguhnya, aku hamba mu yang lemah . Kalau sahaja aku dapat menggantikan Ariana , aku Sanggup Ya Allah ! Gumam Datin Iman lagi , sewaktu melihat anaknya , Ariana Qistina  yang tidak sedarkan diri di atas katil di dalam Bilik ICU .


Support Amy kat >Sini<