Cik Talkative
Lovely Owner

Hye :) Welcome to my unprivate diary ♥



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello earthlings or Aliens :/ Welcome to my blog :) Leave your footprints , please ? It'll be easy for me to blogwalking yours ♥


Footprints! ♥





Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Miss T



Taruhan Teman

"Arash, datanglah sini. Meh duk sebelah aku, harini mak aku suruh aku bawak bekal untuk kau sekali" Panggil aku sambil melambai lambaikan tanganku ke arah Arash. Arash yang berada tidak jauh membalas lambaianku dengan senyuman yang terukir. Dia melangkah ke arahku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Nah, ambik" Aku menghulur bekal yang berisi Nasi Lemak Ayam itu kepada Arash. Arash menyambut huluran itu dengan ucapan terima kasih lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku. 

Mereka makan bekal itu sambil berbual kosong tentang guru kelas mereka, ada sahaja yang tak kena.
Mereka makan bersama-sama, tapi Arash yang melicinkan bekas itu dahulu lalu memulangkan bekas itu kepada Adriana dan meminta diri kerana dia baru sahaja teringat bahawa dia ada sesuatu hal untuk diuruskan. Adriana hanya mengangguk lalu menghantar Arash dengan ekor mata lalu cepat-cepat menghabiskan Nasi Lemaknya lalu membawa bekas itu ke tandas untuk dibilas.

Setelah selesai membasuh bekas itu, Adriana menghabiskan masa rehatnya di perpustakaan dengan membaca novel-novel pelajaran. SPM makin hampir, dan bagi gadis yang tekun belajar seperti Adriana, Novel itu tidak harus dibaca sepintas lalu, tapi harus dimengerti. Setiap novel adalah tidak bermakna jika tiada moral didalamnya. 

Sedang dia membaca novel, loceng menandakan habisnya waktu rehat berdering. Itu tandanya dia harus segera masuk ke kelas untuk pelajaran seterusnya. Dia menyimpan novel yang dibacanya itu ke tempat asalnya lalu dia membetulkan tudungnya dan berlari anak kembali ke kelas. Setiba di kelas, dia berjalan menuju ke tempat duduknya lalu melabuhkan punggungnya. Dia mengeluarkan buku teks Fizik , buku nota, buku rujukan dan alat tulisnya. 

Selang beberapa minit kemudian,cikgu Mariam tiba di kelas. Ketua kelasnya, Faris memberi arahan supaya murid-murid bangun lalu memberi salam kepada cikgu Mariam.

"Waalaikummussalam, duduk kelas. Faris, siapa tak hadir dan siapa yang tidak ada dalam kelas harini?" Tanya Cikgu Mariam merangkap guru kelas Adriana. Faris terus bangun lalu memberitahu cikgu Mariam bahwa Arash yang tidak ada di dalam kelas. Mataku segera melilau-lilau di sekeliling kelas mencari Arash.

Selang beberapa saat, pintu kelas diketuk dan diberi salam oleh Arash. Aku menarik nafas lega. Arash pernah berjanji bahawa dia tidak akan ponteng lagi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk SPM nanti. Sebelum kami berkawan, aku diberitahu bahwa Arashlah pelajar paling teruk kat sekolah ni, merokok, ponteng, vandilisme dan segala perkara yang dilarang pasti dia buat. Suatu hari, dia menghulurkan salam persahabatan pada aku dan aku terima dengan syarat, bahawa dia akan menurut peraturan sekolah ni dan yang lagi peliknya, die terima syarat aku.  Aku pindah ke sekolah ni selepas ayah dinaikkan pangkat tahun lepas, dan hanya ada seorang kawan, Adibah tapi Adibah muda setahun daripada aku dan dia adalah seorang yang sangat menghormati seniornya. 

Arash masuk ke kelas setelah salamnya dijawab oleh cikgu Mariam lalu berjalan menuju ke arah cikgu  Mariam untuk bagitahu alasannya lewat masuk ke kelas. Tapi jawapannya membuat satu kelas ketawa padanya. Sembelit! Itu jawapannya? Aku menepuk dahi kerana mulutnya itu tapi sedikit sebanyak juga membuat aku ketawa. Dia tersenyum memandang ke arahku lalu mengenyit mata. Kenyitannya itu cukup membuat mukaku terasa panas, pipi terasa tegang, aduhai lemahnya.Dia berjalan tempat duduknya iaitu selang satu barisan di belakang tempat dudukku dan kami meneruskan pelajaran seperti biasa tanpa gangguan.



Terasa cepat masa berlalu, loceng berdering menandakan tamat waktu persekolahan. Aku mengemas beg lalu menyimpan bekas bekal yang tadi di dalam zip depan. 

"Woi!" Sergahan itu menyebabkan aku tersentap lalu Arash ketawa terbahak-bahak. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi di depan meja aku.

"Sedap ke buat orang terkejut ha? mujurlah aku ni takde penyakit jantung tau, kalau tak dah lama aku arwah kat sini." Kataku kepada Arash yang ketawanya masih bersisa.

"Cik akak, bukan ke awak pernah bagitau saya yang ajal dan maut itu ditangan tuhan?" Kata-kata Arash yang secara tak langsung membuat aku tersenyum. Dia ingat kata-kata aku .

"Jomlah , lambatlah monyet ni" Terus hilang senyuman ku tapi yang ada hanyalah jelingan maut. Tanpa berlengah aku cepat cepat mengemas beg lalu berjalan membelakanginya. Aku dapat dengar dia ketawa puas. Sedap sangatlah tu sakitkan hati aku, mmhhpp .Arash mempercepatkan langkahnya supaya berjalan seiring dengan aku. 

"Woi monyet, aku balik dulu awal hari ni tau. Hari ni aku balik ngan Iwan so tak dapat stayback ngan kau. Motor aku buat hal pagi tadi so terpaksa tumpang dia ,Sorry." Kata Arash sambil menyusun sepuluh jari depan aku, aku balas dengan keluhan.

"Hmmm, Takpelaa. Nak buat macam mana dah kalau camtu, kalau aku tahu aku tak bawak buku rujukan banyak-banyak macam ni. hhmm, takpela aku balik dulu, bagitahu Iwan supaya bawak motor tu elok elok, jangan laju-laju, rumah tak lari pun."  Panjang pula aku balas kata-kata dia. Tapi memang geram betullah ngan si Arash ni, tak pasal-pasal lenguh tangan aku bawak buku rujukan banyak-banyak ni, nak letak dalam beg pon penuh ngan buku nota je. 

"Iyeee makcik!" Kata Arash lalu berlari ke arah Iwan yang sedang menunggunya di depan pagar sekolah. Dia melambai ke arahku dengan senyuman sebelum Iwan memecut pergi.Aku pula, seperti biasa pulang ke rumah dengan berjalan kaki sahaja kerana rumah aku tak jauh. Buat apa nak susahkan Pak Man datang ambik kalau aku boleh balik sendiri aja kan ?


Hari-hari esok disekolah berlalu seperti biasa tetapi Arash dan aku seperti semakin menjauh. Kini dia langsung tak rehat dengan aku, tapi terus aje rehat dengan Iwan. Sedikit sebanyak aku terasa juga seperti hilang seorang sahabat, hilang tempat berborak dan bergurau senda tapi aku nak buat macam mana kalau dah Arash nak rehat dengan Iwan tu. Takkan aku nak join diorang? Lagipun Iwan dengan kawan-kawan dia macam agak menakutkan sikit . Mungkin itu perasaaan aku je kot.


Suatu hari, setelah habis waktu persekolahan aku segera mengemas buku buku ke dalam beg lalu keluar kelas untuk pulang ke rumah. Arash pula seharian aku tak nampak kat sekolah hari ini, hmmm. 
Setelah hampir tiba di depan pintu pagar sekolah, aku baru teringat bahwa aku tertinggal buku Biologi di dalam meja. Aku cepat-cepat berjalan ke kelas dan langkahku terhenti apabila terdengar sesuatu perbualan.

"Bro, kau dah taknak duit ke bro? Baru 5 bulan kau rapat dengan si Adriana tu bro, takkan dah nak give up?"

"Give up lah bro, aku dah malas nak acting macam tu" Suara itu, suara yang aku kenal. Adakah..?

"haha! chill laaa bro, kitakan nak SPM! Kau kena laa belajar dengan dia, no stress, man. Dahlah kau dapat ilmu, dapat duit pulak tu! hahaha"

"ahh!!" Sah! memang suara tu yang aku kenal.

"Weh kau tahu tak, Nasir dengan yang lain cakap, kalau kau teruskan dengan dia lagi 2bulan dia akan tambah RM50 tau! untung gila siot!"

"Aku taknak! Aku tak sanggup!"

"Kenapa kau tak sanggup?" Aku bersuara. Aku memandang tepat ke matanya. Kini, bila-bila masa sahaja air mata aku akan jatuh, hanya menunggu saat.

"Kenapa kau tak sanggup, Arash? Bukan selama ni kau nak sangat duit tu? Best kan, jadi kawan aku je dah dapat duit. Bestkan, rehat dengan aku sekejap duit dah masuk. Berbual dengan aku sekejap duit dah masuk!" Aku tak kuat. Air mata aku mengalir di pipi, aku memandang ke arah lantai kerana tak sanggup memadang matanya.

"Adri...."

"Cukup. Aku dah taknak dengar lagi, Arash. Terima kasih atas peluang emas ini, aku bertuah tau jadi bahan taruhan kau. Bertuah sangat! Dan Iwan, terima kasih untuk kau jugak!" Aku beranikan diri mengangkat muka dan memandang tepat ke matanya. Jelas di matanya bahwa dia menyesal dengan tindakannya tapi semuanya dah berlaku. Taruhan tu dah berlalu dan duit tu mungkin juga dia dah terima.

Aku melangkah longlai keluar dari kelas itu kerana hati aku terasa dirobek-robek. Aku percaya bahawa dia dah berubah dan dia dah tinggalkan perangainya yang dah macam setan itu dan dalam hati aku pula seolah-olah timbul perasaan lain, perasaan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan. Setiap kali aku terpandang wajahnya, hatiku terasa bahagia, terasa ketenangan yang selama ini aku cari. Aku yang sedang melangkah keluar berhenti setelah mendengar dia memanggil namaku.

"Adri, tolonglah dengarkan aku! Tolong! Yes, aku tahu aku salah dan kesalahan aku ni besar sangat. Dan aku tak patut tipu kau, aku tak patut terima taruhan tu. But you know what, I really need money, I need cigarettes. dan yes, rokok tak penting tapi masa tu aku ketagih gila, Adri. Aku tak boleh berhenti. Maafkan aku, Adri. I really am sorry." Aku yang mendengar hanya menahan tangisan aku lagi.

"Dan tu alasan kau? The only excuses yang kau boleh bagi adalah kau terima duit taruhan tu sebab kau nak rokok? sampai bila, Arash? till when? maaf, tapi sampai sini je persahabatan kita." Air mata aku mengalir dengan lebih laju. Iwan yang berdiri di belakang Arash hanya diam membatu. Tiada apa yang boleh dia jelaskan, semua ini berpunca dari dia. Apa sebabnya dia yang mencadang taruhan tu? Apa? Apa salah aku pada dia ?

Aku kembali melangkah pulang. Setiba di rumah, aku terus masuk kedalam bilik dan menyembamkan wajahku di atas bantal dan menjerit sekuat mungkin. Air mata yang tadinya bertubir di mata sewaktu berjalan kini mengalir lagi. Sungguh aku tak kuat!

Keeseokannya harinya, aku menghabuskan masa di perpustakaan. Dan Arash pula langsung tidak kelihatan di dalam kelas. Ah sudahlah! Aku sudah tidak mahu ingat akan dia lagi! Dia bukan kawan aku lagi, bukan!
Setelah habis jam persekolahan, sewaktu dalam perjalanan pulang, Arash dan kawan-kawannya melepak di hadapan pintu pagar sekolah, aku mempercepatkan langkahku supaya dia tidak ternampak kelibatku. Begitulah setiap hari-hari persekolahan aku, aku akan cuba mengelak daripada berjumpa dengannya.

Akhir sekali, aku berjaya mendapat keputusan semua A dalam SPM dan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Kalau Arash,keputusannya langsung aku tidak ambil tahu, Sepanjang sesi persekolah selepas pergaduhan kami tempoh hari, dia langsung tidak menghadirkan diri . Sudah tidak ada apa yang aku boleh buat tapi sekadar berdoa untuk masa hadapannya.. Aku lupakan perasaan aku , kerana aku yakin itu hanya datang dari bisikan syaitan.